Russia lancar 40 peluru berpandu, dron ke atas Ukraine

Russia lancar 40 peluru berpandu, dron ke atas Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Russia melancarkan puluhan serangan peluru berpandu dan dron ke atas Ukraine semalaman.

Perkara itu dimaklumkan oleh pasukan tentera Ukraine ketika Kyiv menggesa lebih banyak bantuan pertahanan udara.

“Sebanyak 40 serangan udara musuh direkodkan. Pasukan kami berjaya menembak jatuh lapan peluru berpandu.

“Bagaimanapun, lebih 20 peranti gagal mencapai sasarannya disebabkan langkah aktif dilaksanakan melalui peperangan elektronik,” kata tentera udara Ukraine.

Dilaporkan, Ukraine dan Russia saling berbalas melancarkan serangan dron di wilayah masing-masing ketika kedua-dua pihak meningkatkan serangan.

Kedua-dua pihak melancarkan banyak serangan ke atas infrastruktur dan aset yang penting. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya