Russia lancar 33 dron di Ukraine semalaman

Russia lancar 33 dron di Ukraine semalaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Ukraine memaklumkan tentera Russia melancarkan puluhan serangan dron buatan Iran di negaranya semalaman.

Serangan udara itu merupakan serangan terbaharu dilakukan oleh pasukan tentera Russia.

Serangan itu berlaku selepas menteri luar Kyiv menegaskan keutamaan negaranya adalah untuk menguasai ruang udara Ukraine.

Menurut tentera udara Ukraine dalam kenyataan, Russia juga melancarkan beberapa peluru berpandu ke bandar kedua terbesar Kharkiv di timur negara itu.

“Penjajah menyerang dengan 33 kenderaan udara tanpa pemandu Shahed-136/131 dari kawasan Primorsko-Akhtarsk dan wilayah Kursk di Russia,” jelas kenyataan.

Menurut kenyataan, sistem pertahanan udara berjaya menembak jatuh 22 dron yang dilancarkan.

Selain itu, katanya, tentera Russia juga melancarkan dua peluru berpandu anti-pesawat S-300 dari wilayah sempadan Belgorod.

Tambah kenyataan, sistem pertahanan udara di kawasan timur, selatan dan tengah Ukraine menembak jatuh serangan dron.

Sementara itu, ketua wilayah Kharkiv mengesahkan seorang orang awam terbunuh dan seorang lagi cedera dalam serangan di wilayah timur laut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya