LONDON – Raja Britain, Raja Charles III dan menantunya, Kate Middleton dilaporkan sudah dibenarkan pulang selepas kedua-duanya menjalani rawatan di hospital.
Raja Charles III, 75, yang menghabiskan tiga malam di hospital di London selepas menjalani prosedur berkaitan masalah prostat, tersenyum dan melambai kepada orang ramai ketika meninggalkan pusat perubatan ditemani isterinya, Ratu Camilla.
Beberapa jam sebelum itu, Kate juga dibenarkan pulang selepas menghabiskan dua minggu di hospital swasta yang sama kerana menjalani pembedahan pada abdomen.
Dalam satu kenyataan, Istana Buckingham berkata, Raja Charles III berterima kasih kepada pasukan perubatannya dan kepada semua pengunjung yang datang menziarahi sepanjang tempoh rawatannya.-AGENSI