Pyongyang mahu lancar 3 lagi satelit peninjau tentera

Pyongyang mahu lancar 3 lagi satelit peninjau tentera

KIM Jong-un (duduk tengah) mempengerusikan Sidang Pleno kesembilan Jawatankuasa Pusat Parti Pekerja Korea (WPK) di ibu pejabat parti di Pyongyang. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Korea Utara mengumumkan matlamat dasar tahun baharu termasuk melancarkan tiga lagi satelit peninjau tentera, membina kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) untuk memperkasakan keupayaan tenteranya.

Lapor agensi berita KCNA, pelan itu antara dikemukakan dalam mesyuarat akhir tahun dipengerusikan oleh pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un.

“Berdasarkan pengalaman berjaya melancarkan dan mengendali satelit peninjau pertama pada 2023, tugas untuk melancarkan tiga lagi satelit peninjau pada tahun ini sudah ditetapkan.

“Pelan itu antara lain menggalakkan pembangunan sains dan teknologi angkasa secara bersungguh-sungguh,” jelas laporan mesyuarat itu.

Pelan itu dibentangkan sebagai sebahagian ucapan Jong-un pada mesyuarat itu, yang mana beliau menyatakan Korea Utara tidak mempunyai pilihan lain selain meneruskan cita-cita program nuklearnya.

Ia turut membabitkan hasrat untuk menjalinkan hubungan bilateral lebih erat dengan negara anti-Amerika Syarikat (AS) seperti Russia ketika Pyongyang berdepan langkah konfrontasi yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Menurut Jong-un, Pyongyang juga menolak kemungkinan untuk bersatu dengan Korea Selatan, dengan menegaskan negara itu secara asasnya harus mengubah prinsip dan hala tuju ke arah Korea Selatan.

Sementara itu, Korea Utara memaklumkan negaranya berjaya melancarkan satelit pengintip tentera pertamanya pada 21 November lalu yang didakwa mencerap gambar White House, pangkalan tentera AS dan kawasan sasaran di Korea Selatan.

Bagaimanapun, kejayaan melancarkan satelit itu hanya dicapai selepas menempuhi dua kegagalan percubaan pada tahun lalu apabila roket Chollima-1 terhempas ke dalam laut. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya