Pilihan Raya Presiden AS 2024: Ron DeSantis tarik diri

Pilihan Raya Presiden AS 2024: Ron DeSantis tarik diri

RON DESANTIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Gabenor Florida, Ron DeSantis menarik diri daripada bertanding sebagai calon Parti Republikan pada Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) 2024. 

Malah, pemimpin itu kini dilaporkan menyatakan sokongan kepada bekas Presiden AS, Donald Trump.

Lapor BBC, DeSantis menarik diri daripada persaingan calon presiden  Parti Republikan, kira-kira dua hari sebelum kaukus pilihan raya New Hampshire diadakan.

DeSantis pernah dianggap sebagai pesaing kuat untuk pencalonan parti  pada Pilihan Raya Presiden AS 2024.

Namun, baru-baru ini, DeSantis mengakui beliau tidak mempunyai laluan yang jelas untuk mencapai kemenangan.

Sebelum ini, seorang lagi calon presiden dari parti Republikan, Vivek Ramaswamy yang memenangi dua perwakilan, mengumumkan menarik diri daripada saingan tersebut dan menyatakan akan menyokong Trump. 

Justeru, pencabar terakhir Trump, Nikki Haley menyatakan beliau adalah satu-satunya calon Republikan yang mampu menewaskan Presiden parti Demokrat, Joe Biden.  

Bekas Duta AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu bakal berhadapan dengan Trump dalam kaukas pilihan raya presiden New Hampshire.

Dalam video berdurasi hampir lima minit disiarkan di aplikasi X, DeSantis menyatakan pasukan kempen pilihan rayanya sudah melakukan yang terbaik.

“Sekiranya ada apa-apa boleh dilakukan untuk mendapat hasil yang baik termasuk menghentikan lebih banyak kempen dan wawancara, saya akan melakukannya,” katanya ketika menamatkan kempen selama tujuh bulan itu.

Jelas DeSantis, beliau menyokong bekas Presiden AS itu kerana jelas majoriti pengundi Republikan `mahu memberi Trump satu lagi peluang’.  

DeSantis juga mengakui wujudnya `percanggahan pendapat’ dengan bekas Presiden AS itu namun menegaskan Trump mampu menewaskan Biden.  

“Saya menandatangani ikrar untuk menyokong calon Republikan dan saya akan menghormatinya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya