Pesawat tentera China ceroboh lagi ruang udara Taiwan

Pesawat tentera China ceroboh lagi ruang udara Taiwan 

DUA jet pejuang Su-30 milik tentera China berlepas dari lokasi tidak dinyatakan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPEI: Kementerian Pertahanan Taiwan memaklumkan pihaknya mengesan lebih 20 pesawat tentera udara China beroperasi sekitar ruang udara negaranya.

Malah, menurut kementerian, pesawat berkenaan turut menjalankan `rondaan kesiapsiagaan tempur bersama’ dengan kapal perang China.      

Ia merupakan aktiviti ketenteraan berskala besar China yang pertama selepas pilihan raya Taiwan.  

Kementerian Pertahanan mengesan 24 pesawat perang termasuk jet pejuang Su-30 dan lima kapal dalam tempoh 24 jam lalu.

Jelas kementerian, daripada jumlah itu, sebanyak 11 pesawat tentera yang melintasi garis tengah Selat Taiwan atau kawasan berhampiran, bekerjasama dengan kapal perang China untuk menjalankan `rondaan kesiapsiagaan tempur bersama’.

Menurut kementerian, Taiwan menghantar pasukan sendiri untuk memantau situasi tersebut.  

“Keselamatan dan kemakmuran wilayah Selat Taiwan berkait rapat dengan pembangunan dan kestabilan global.

“Malah, ia merupakan kewajipan dan tanggungjawab yang mesti dikongsi semua pihak di rantau ini.

“Tentera kami akan terus memperkukuhkan keupayaan pertahanan selaras dengan ancaman musuh dan keperluan, serta bertindak balas terhadap ancaman serantau,” jelas kementerian dalam kenyataan.  

Semalam, Pejabat Hal Ehwal Taiwan China menyatakan pendirian Beijing bahawa pihaknya tidak akan melepaskan daripada menggunakan kekerasan untuk membawa Taiwan di bawah kawalannya bertujuan campur tangan asing dan sejumlah kecil pemisah.     

China yang menganggap Taiwan sebagai wilayah sendiri, kerap menghantar pesawat dan kapal perang di perairan dan ruang udara sekitar pulau itu sejak empat tahun lalu.

Tindakan itu dilakukan ketika Beijing berusaha menekan Taipei berhubung tuntutan kedaulatannya yang ditolak oleh kerajaan Taiwan. 

Minggu lalu, calon parti pemerintah Taiwan, Lai Ching-te memenangi Pilihan Raya Presiden negara itu.

Ching-te dari Parti Progresif Demokratik (DPP) meraih kemenangan itu meskipun berdepan tekanan hebat dari China yang menyifatkannya sebagai `pemisah yang berbahaya’. – REUTERS/AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya