Penghuni zoo Rafah kebuluran, mengharap bantuan segera

Penghuni zoo Rafah kebuluran, mengharap bantuan segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Krisis kebuluran semakin menghimpit penghuni di zoo di Rafah yang menempatkan pelbagai spesies haiwan dan pelarian dari pelbagai daerah di Gaza.

Keadaan pilu di zoo tersebut menyaksikan singa dan monyet kurus kering kebuluran sambil ditemani puluhan penduduk Palestin yang turut berteduh di taman haiwan itu selepas kehilangan tempat tinggal akibat dibedil tentera Israel.

“Keadaannya sangat tragis, tiada makanan, air dan ubatan mencukupi untuk haiwan dan mereka yang menumpang tinggal di sini,” kata pemiliknya, Ahmed Jumaa.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran tentang risiko kebuluran dan penyakit dengan hanya sejumlah kecil bantuan memasuki wilayah Palestin selama hampir tiga bulan pertempuran.

“Zoo itu ditutup selepas perang, tetapi kami membukanya untuk menempatkan keluarga dan rakan yang berpindah,” kata Ahmed.

Kumpulan pendatang baharu mendirikan khemah sementara dan menggantung pakaian mereka di antara sangkar singa dan monyet yang sudah tidak berdaya bergerak aktif.

Semasa orang dewasa memasak apa sahaja makanan yang mereka temui, kanak-kanak dilihat mengintai haiwan yang kebanyakannya kelaparan melalui lubang-lubang sangkar yang usang.

“Makanan tidak tersedia, dan beberapa haiwan sudah mati. Si singa betina itu melahirkan anak, tetapi kami tidak dapat menyediakan makanan untuknya, jadi anak-anaknya mati.

“Perkara yang sama berlaku dengan monyet dan burung. Kami sudah melakukan pelbagai cara untuk memastikan nasib semua pelarian dan haiwan-haiwan di sini terbela namun keadaan kini semakin sukar.

“Kaedah terakhir kami ialah membawa mereka roti kering dan membasahinya dengan air untuk membantu mereka bertahan,” jelas Ahmed lagi.

Ahmed berkata, pihak zoo sedang menunggu bantuan dijanjikan daripada pertubuhan kebajikan haiwan yang menjadi harapan terakhir mereka.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya