Penganggur bahagia ditanggung empat isteri

Penganggur bahagia ditanggung empat isteri

RYUTA Watanabe (kanan) bersama isteri dan anak-anaknya.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Media Jepun baru-baru ini melaporkan kisah kontroversi seorang lelaki Jepun berusia 35 tahun yang didakwa mempunyai empat isteri dan tiga anak kecil walaupun tidak bekerja lebih sedekad.

Ryuta Watanabe, 35 tahun dari Pulau Hokkaido dilaporkan tinggal bersama tiga daripada empat isterinya yang bergaul mesra antara satu sama lain di sebuah kediaman dan bergantung kepada mereka untuk keperluan kewangan keluarga.

Kehidupan harian keluarga poligami itu dipaparkan dalam program berita AbemaTV hingga mencetuskan perdebatan hangat di  negara itu di mana poligami diharamkan secara rasmi.

“Saya hanya seorang pencinta wanita. Saya suka wanita dan menyayangi mereka semua secara sama rata. Saya tidak mempunyai masalah dengan poligami dan berhasrat untuk mempunyai 54 orang anak,” kata Watanabe.

Isteri pertamanya berusia 27 tahun, manakala kedua dan ketiganya masing-masing berusia 24 dan 22 tahun sementara identiti isteri keempat tidak didedahkan.

Lelaki itu mempunyai dua anak berusia 2 tahun dan 1 tahun dengan isteri pertamanya serta bayi berusia 5 bulan dengan isteri kedua. 

Empat isteri Watanabe berkata, mereka tahu sejak awal tentang statusnya sebagai penganggur dan isu poligami tersebut tetapi tidak mempunyai masalah dengannya.

Isteri-isterinya kini bekerjasama menampung perbelanjaan bulanan kira-kira 850,000 yen (RM27,368), sementara si suami ditugaskan menguruskan kerja rumah dan anak-anak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya