Pemimpin pembangkang Korea Selatan ditikam di Busan

Pemimpin pembangkang Korea Selatan ditikam di Busan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Pemimpin parti pembangkang utama Korea Selatan dilaporkan ditikam ketika mengadakan lawatan kerja di bandar tenggara Busan.

Lapor agensi berita Yonhap, Lee Jae-myung dari Parti Demokrat diserang oleh seorang individu tidak dikenali ketika bercakap dengan pengamal media.

Menurut laporan itu, ahli politik berkenaan ditikam di leher selepas melawat lokasi lapangan terbang baharu yang dalam pembinaan.

“Individu itu telah ditangkap di tempat kejadian,” jelas laporan.

Berdasarkan beberapa laporan media antarabangsa, Jae-myung dibawa ke hospital kira-kira 20 minit selepas serangan itu.

Jelas laporan, ketika kejadian, ahli politik itu dalam keadaan sedar.

Korea Selatan bakal mengadakan pilihan raya negeri pada April depan.

Jae-myung pernah bertanding bagi jawatan Presiden pada tahun 2022 namun kalah kepada Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol dengan margin undi yang amat kecil dalam sejarah politik negara itu.

Ahli politik itu turut berdepan pertuduhan rasuah membabitkan jawatan Datuk Bandar Seongnam dipegangnya pada masa lalu.

Bagaimanapu, Jae-myung menafikan tuduhan berkenaan dan mendakwa pihak pendakwa bermotifkan politik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya