Pekerja Alaska, United Airlines tuntut Boeing bayar pampasan 

Pekerja Alaska, United Airlines tuntut Boeing bayar pampasan 

PEKERJA Alaska Airlines memeriksa keadaan pesawat. - AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Kesatuan mewakili kru kabin penerbangan Alaska dan United Airlines mahu syarikat Boeing membayar pampasan kepada pekerja terjejas ekoran kehilangan pendapatan berkaitan arahan pemberhentian sementara operasi pesawat Boeing 737 MAX 9.

Awal bulan ini, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) mengeluarkan arahan untuk menggantung sementara operasi pesawat Boeing 737 MAX 9 sehingga pemeriksaan dilakukan.

Arahan itu dikeluarkan selepas penerbangan Alaska Airlines melakukan pendaratan cemas berikutan isu tekanan kabin.

Selepas semakan FAA berkaitan prosedur pemeriksaan dan penyelenggaraan bagi masalah panel tingkap pesawat MAX 9 tercabut selesai, Alaska Airlines memulakan semula operasi penerbangannya pada kelmarin.

United Airlines juga dijangka memulakan semula operasi pesawat 737-9 dalam masa terdekat meskipun mungkin mengambil masa beberapa hari atau minggu lagi untuk memeriksa dan membaiki semua pesawat yang terjejas. 

Alaska Airlines memaklumkan pihaknya percaya pemberhentian sementara operasi pesawat 737-9 menelan perbelanjaan sekurang-kurangnya AS$150 juta (RM709.2 juta) dan akan menuntut pampasan daripada syarikat Boeing untuk menampung kerugiannya.

Bagaimanapun, anggaran itu dikatakan tidak mengandungi jumlah kehilangan pendapatan yang dialami oleh kru kabin dan pekerja lain yang terjejas.

Justeru, Persatuan Atendan Penerbangan (AFA-CWA) menulis surat kepada ketua pegawai eksekutif Alaska dan United Airlines meminta mereka menuntut pampasan tambahan dari syarikat Boeing bagi pihak pekerja terjejas.

“Penggantungan sementara operasi pesawat 737 MAX 9 bukan sahaja menyebabkan kerugian besar kepada syarikat penerbangan tetapi juga kepada para pekerjanya.

“Walaupun sebahagian kerugian dilindungi dalam perjanjian perundingan gaji, namun masih terdapat kehilangan dalam aspek lain, cabaran dan kos perjalanan meningkat dan kerugian pendapatan lain.

“Jadi, surat ini memaklumkan bahawa kerugian dialami kru kabin harus disertakan dalam perbincangan penyelesaian dengan Boeing,” kata Presiden AFA-CWA, Sara Nelson dalam surat tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya