PBB gesa jangan burukkan lagi ketegangan di Laut Merah

PBB gesa jangan burukkan lagi ketegangan di Laut Merah

KAPAL kargo Galaxy Leader yang dirampas kumpulan Houthi, menghampiri pelabuhan di Laut Merah di luar wilayah Hodeida, Yaman pada November tahun lalu. - AFP 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menggesa semua pihak untuk tidak memburukkan lagi ketegangan yang berlaku di Laut Merah.    

Perkara itu dimaklumkan oleh jurucakapnya, Stephane Dujarric.  

Gesaan itu dibuat selepas Amerika Syarikat (AS) dan Britain melancarkan serangan udara dan laut terhadap tentera Houthi di Yaman sebagai tindak balas terhadap serangan kumpulan itu ke atas kapal di Laut Merah.

Kumpulan Houthi sebelum ini mendakwa menyerang kapal yang transit di Laut Merah bagi mempamerkan solidariti mereka kepada penduduk Palestin yang terjejas akibat pengeboman berterusan Zionis ke atas Gaza.

“Setiausaha Agung menyeru semua pihak yang terlibat supaya tidak memburukkan lagi keadaan demi kepentingan keamanan dan kestabilan di Laut Merah dan wilayah lain,” kata Stephane.

Dalam pada itu, Penolong Setiausaha Agung untuk Asia Barat, Khaled Khiari memberitahu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bahawa pihaknya menyaksikan siri keganasan yang memberi risiko kepada keselamatan politik, kesan ekonomi dan kemanusiaan yang teruk di Yaman dan rantau itu.

“Perkembangan ini di Laut Merah dan risiko memburukkan lagi ketegangan serantau amat membimbangkan,” katanya.

Sementara itu, Duta Russia ke PBB, Vasily Nebenzya menyifatkan serangan AS dan UK ke atas Houthi Yaman sebagai ‘pencerobohan bersenjata secara terang-terangan terhadap negara lain’.

“Negara ini melakukan serangan besar-besaran ke atas wilayah Yaman.

“Saya tidak bercakap mengenai serangan ke atas beberapa kumpulan, tetapi serangan ke atas rakyat negara itu secara keseluruhannya. 

“Pesawat, kapal perang dan kapal selam digunakan,” katanya mengenai tindakan AS dan Britain yang disokong oleh negara bersekutu.

Bagaimanapun, Duta Washington ke PBB, Linda Thomas-Greenfield memberi amaran bahawa tiada kapal yang kebal daripada ancaman yang ditimbulkan oleh kumpulan Houthi di Laut Merah.

“Sama ada kapal anda membawa bendera AS atau bendera negara lain, semua kapal terdedah.

“Tanpa sokongan Iran dan melanggar kewajipan mereka, sudah tentu Houthi sukar mengesan dan menyerang kapal komersial dengan berkesan dan mengemudi laluan perkapalan melalui Laut Merah,” katanya.

Duta Britain ke PBB, Barbara Woodward pula memaklumkan London ‘mengambil tindakan tegas dalam mempertahankan diri’.

“Operasi ini mengambil tindakan khusus untuk mengurangkan risiko kepada orang awam,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya