Nyaris putus dengan kekasih gara-gara nama disalah eja bakal mertua

Nyaris putus dengan kekasih gara-gara nama disalah eja bakal mertua

SAMPUL kad jemputan yang mencetus kemarahan Mareena.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang wanita meraih perhatian warga net selepas meluahkan rasa berang gara-gara menerima sampul kad jemputan dari keluarga teman lelakinya dengan namanya disalah eja.

Wanita itu memuat naik gambar sampul tersebut di laman Facebook dan meminta pendapat warga net tentang niat sebenar keluarga teman lelakinya selepas menerima sampul surat tersebut baru-baru ini.

Malah wanita itu yang hanya dikenali sebagai Mareena mengakui hampir memutuskan hubungan dengan teman lelakinya itu kerana merasa terlalu tersinggung akibat perbuatan itu yang dianggap disengajakan dan mempunyai muslihat lain.

“Kami sudah bersama selama bertahun-tahun. Saya menerima kad jemputan daripada keluarga teman lelaki dengan nama kami tertulis di atasnya tetapi mereka mengeja nama saya secara tidak betul.

“Itu bukan nama saya, malah ejaannya tidak hampir pun. Mereka menulis nama Maria tetapi namanya sebenar saya Mareena.

“Tahun lepas mereka tahu cara mengeja nama saya. Mereka juga pernah memberikan saya hadiah yang saya masih ada kadnya, menunjukkan mereka tahu mengeja nama saya. Adakah saya terlalu dramatik atau patutkah saya merasa marah?,” katanya.

Hantaran itu mendapat pelbagai reaksi di media sosial namun rata-rata warga net bersetuju keluarga teman lelaki Mareena bersikap keterlaluan.

“Saya juga akan marah, menulis  nama seseorang adalah satu penghormatan terutamanya jika mereka jelas mengetahuinya.,” kata seorang warga net.

Puluhan warga net juga mula berkongsi pengalaman mereka berdepan situasi serupa dengan keluarga mertua masing-masing malah, ada yang menasihatti Mareena untuk tidak memutuskan hubungan dengan teman lelakinya sebaliknya mengajak wanita itu membalas perbuatan tersebut.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya