Nahas Japan Airlines: Punca dua pesawat bertembung disiasat

Nahas Japan Airlines: Punca dua pesawat bertembung disiasat

Pesawat Airbus A350 terbakar selepas bertembung dengan pesawat pengawal pantaI di Lapangan Terbang Haneda, Tokyo Jepun. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Pihak berkuasa Jepun sedang menyiasat kejadian pelanggaran dua kapal terbang di Lapangan Terbang Haneda, Tokyo, semalam.

Dalam kejadian itu, semua 379 orang yang menaiki pesawat Airbus A350 Japan Airlines berjaya diselamatkan selepas pesawat dinaiki mereka berlanggar dengan pesawat turboprop pengawal pantai, De Havilland Dash-8.

Bagaimanapun, lima daripada enam anak kapal pesawat yang lebih kecil itu terkorban.

Individu yang biasa dengan penyiasatan nahas pesawat berkata, Lembaga Pengangkutan Keselamatan Jepun (JTSB) akan mengetuai siasatan dengan penyertaan daripada agensi di Perancis, tempat pesawat itu dibina, dan Britain di mana dua enjin Rolls-Roycenya dihasilkan.

Bagaimanapun, pakar menyatakan masih terlalu awal untuk menentukan punca kemalangan yang boleh berlaku daripada pelbagai faktor.

Tetapi, katanya, penyiasat masih meneliti arahan yang diberikan oleh pengawal kepada kedua-dua pesawat di samping pemeriksaan terperinci sistem pesawat dan lapangan terbang.

Seorang pegawai kementerian pula memberitahu pemberita di Jepun bahawa Airbus A350 itu cuba mendarat seperti biasa apabila ia bertembung dengan pesawat Bombardier Dash-8.

“Salah satu tugas ke kementerian ialah memulihkan perakam kotak hitam dengan data penerbangan dan rakaman suara kokpit,” ujar pegawai tersebut.

Pakar berkata, lokasi kemalangan dapat dijadikan bukti fizikal, data radar dan akaun saksi atau rakaman kamera berkemungkinan mudah didapati.

Ini secara tidak langsung memudahkan tugas forensik yang besar.

“Satu persoalan yang jelas ialah sama ada pesawat pengawal pantai berada di landasan dan jika ya, mengapa,” kata Paul Hayes, pengarah keselamatan penerbangan Ascend by Cirium yang berpangkalan di United Kingdom.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya