Microsoft cipta pembakar roti berbentuk Xbox Series S

Microsoft cipta pembakar roti berbentuk Xbox Series S

GAMBAR pembakar roti elektrik berbentuk Xbox versi Series S yang dimuat naik di aplikasi X. - AGENSI      
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Syarikat teknologi gergasi Microsoft baru-baru ini melancarkan produk baharu berupa pembakar roti elektrik yang berbentuk konsol permainan Xbox versi Series S.     

Lapor Daily Mail, alat yang berfungsi sepenuhnya itu mampu menyediakan sajian sarapan klasik termasuk membakar roti dengan logo Xbox tertera pada kepingan roti tersebut.

Produk baharu itu boleh didapati di pasar raya Walmart pada harga AS$39.99 (RM186.10).

“Reka bentuk pembakar roti elektrik ini hampir menyerupai Xbox Series S termasuk corak bolong bulat yang ikonik.

“Antara tarikan utama pembakar roti itu adalah keupayaan produk tersebut `menjenamakan’ logo Xbox pada kepingan roti,” jelas laporan.

Xbox mengumumkan pelancaran produk baharu itu menerusi satu hantaran di aplikasi X.

Sekeping gambar memaparkan pembakar roti berbentuk konsol permainan itu, berserta kapsyen ringkas turut dikongsi dalam aplikasi berkenaan. 

“Anda ada roti ? kerana kita boleh membakarnya. Pembakar roti Xbox Series S daripada Ukonic kini didapati di pasaran,” jelas kapsyen tersebut.  

Perkongsian mengenai pelancaran produk baharu Microsoft itu menerima pelbagai reaksi orang ramai termasuk rata-rata warganet menjadikannya sebagai bahan jenaka. 

Sebelum ini, Microsoft pernah melancarkan peti sejuk mini berbentuk Xbox versi Series X pada tahun 2021.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya