Mesir, China khuatir keselamatan pelayaran Laut Merah 

Mesir, China khuatir keselamatan pelayaran Laut Merah 

SAMEH  Shoukry (kanan) dan Wang Yi berucap dalam sidang media di Istana al-Tahrir di Kaherah, Mesir.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI: Mesir dan China memantau rapat perkembangan di Laut Merah dengan memberi tumpuan kepada keutamaan memastikan keselamatan pelayaran di kawasan berkenaan.

Kedua-dua negara itu dalam satu kenyataan bersama, menyatakan kebimbangan terhadap perluasan konflik di rantau itu sambil menekankan kepentingan usaha untuk menghentikan serangan ke atas Gaza.

Menteri Luar China, Wang Yi ketika berucap dalam sidang akhbar di Kaherah selepas pertemuan dengan Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi dan Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry, menyeru agar serangan ke atas kapal awam di Laut Merah dihentikan segera.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut tentang kumpulan pemberontak Houthi disokong Iran yang bertanggungjawab dalam isu tersebut.

“Keadaan di Laut Merah semakin bergolak dengan mendadak baru-baru ini dan China amat bimbang tentang perkara itu.

“China menyeru menghentikan gangguan dan serangan ke atas kapal awam dan mengekalkan aliran lancar rantaian perindustrian, bekalan global serta perintah perdagangan antarabangsa,” katanya.

Dalam kritikan tersirat terhadap serangan udara Amerika Syarikat (AS) dan Britain ke atas sasaran Houthi di Yaman, Wang menegaskan,  Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) tidak membenarkan tindakan sedemikian.

“Tindakan mencurah minyak kepada api ketegangan di Laut Merah harus dielakkan dan peningkatan risiko keseluruhan keselamatan di rantau itu harus dicegah,” kata Wang, tanpa menamakan AS dan Britain.

Wang menambah, walaupun semua pihak perlu bersama-sama menjaga keselamatan laluan air Laut Merah mengikut undang-undang, kedaulatan dan integriti wilayah negara di kedua-dua belah sempadan lautan termasuk Yaman mesti dihormati.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya