Majikan sanggup datang rumah, tak benar pekerja ponteng

Majikan sanggup datang rumah, tak benar pekerja ponteng

TANGKAP layar video dimuat naik Amirraa Ruffin di laman TikTok.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORTLAND: Seorang majikan di Portland, Oregon tular di media sosial selepas salah seorang pekerjanya memuat naik video menunjukkan usaha dilakukan lelaki itu untuk memastikan semua kakitangannya tidak ‘ponteng kerja’ semasa ribut salji melanda.

Menerusi laman TikTok, Amirraa Ruffin mendakwa majikannya itu sanggup datang ke setiap rumah dan menghantar semua kakitangan ke tempat kerja supaya tiada yang memberi alasan  tidak dapat hadir kerana masalah cuaca.

“Dan saya berharap dia akan membiarkan kedai ini ditutup untuk sehari,” kata Ruffin pada kapsyen video yang kini sudah mengumpul lebih empat juta tontonan.

Dalam klip itu, Ruffin merakam dirinya bersama rakan sekerja berdiri di tempat letak kereta tempat kerja mereka yang bersalji dengan teks pada skrin tertera , ‘Apabila semua orang enggan hadir tetapi bos anda sanggup memandu dan menjemput anda di rumah masing-masing’.

Di ruangan komen, wanita itu turut mendedahkan majikannya juga membawa pekerjanya pulang ke rumah selepas tamat bekerja pada hari itu. 

“Tidak juga merasa kecewa. Saya hanya menghormati kegigihannya,” tulisnya.

Video berkenaan segera dibanjiri ratusan komen daripada warga net selepas dimuat naik Ahad lalu.

“Saya pernah berdepan situasi serupa sekali dan kami semua terperangkap selepas mengalami kemalangan akibat jalan yang berais.

“Bagi saya bukan masalah kekurangan pengangkutan, tetapi saya tidak akan mempertaruhkan nyawa saya dengan melakukan perjalanan dalam keadaan berbahaya sebegini demi gaji,” kata seorang warga net.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya