Mahkamah Thailand arah pelan kecemasan tingkat kualiti udara

Mahkamah Thailand arah pelan kecemasan tingkat kualiti udara

JEREBU tebal menyelubungi ruang udara pelabuhan sungai Chao Phraya di Bangkok, Thailand.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Mahkamah Thailand mengarahkan kerajaan membuat rancangan segera untuk membendung pencemaran udara dalam tempoh 90 hari sebagai persediaan menghadapi kemuncak tahunan jerebu berbahaya di negara itu.

Kualiti udara menjunam di Thailand sejak beberapa bulan lalu akibat aktiviti pembakaran  daripada petani, ditambah dengan pelepasan industri dan asap ekzos kenderaan.

Bangkok dan bandar utara Chiang Mai disenaraikan antara bandar paling tercemar di dunia tahun lalu, mendorong beberapa kumpulan membawa kes undang-undang untuk meminta kerajaan bertindak.

Mahkamah pentadbiran Chiang Mai pada Jumaat lalu memerintahkan Suruhanjaya Alam Sekitar Kebangsaan untuk mengemukakan kaedah pencegahan bagi menyelesaikan pencemaran jangka pendek dan panjang dalam tempoh 90 hari.

Mahkamah memutuskan bahawa kerajaan bekas Perdana Menteri, Prayut Chan-O-Cha yang sebelum ini didakwa mengabaikan tugasnya, tidak bergerak cukup pantas untuk menangani pencemaran.

“Selepas pertimbangan, defendan mengabaikan tugas mereka dan bertindak terlalu perlahan,” kata keputusan mahkamah itu.

Kerajaan Perdana Menteri, Srettha Thavisin yang mengambil alih pada Ogos lalu, berjanji untuk menangani pencemaran udara sebagai agenda nasional.

Draf Akta Udara Bersih yang disahkan oleh kabinet Srettha bertujuan untuk menangani masalah itu, meluluskan bacaan pertamanya di Parlimen pada Rabu lalu.

Menurut firma pemantauan pencemaran udara,  IQAir Jumaat lalu, Bangkok berada di tempat ke-10 dalam senarai bandar dengan kualiti udara paling teruk di seluruh dunia.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya