Letupan gas di lombong China, 10 maut

Letupan gas di lombong China, 10 maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Sekurang-kurangnya 10 terbunuh dan enam lagi hilang dalam kejadian letupan gas di sebuah lombong arang batu di wilayah Henan, China.

Media tempatan CCTV melaporkan kejadian itu berlaku sekitar pukul 2:55 petang (waktu tempatan) di Pingdingshan, semalam.

Menurut CCTV, operasi mencari dan menyelamat masih sedang dilaksanakan.

Agensi berita Xinhua pula melaporkan seramai 425 pekerja sedang bekerja di terowong bawah tanah itu ketika letupan itu berlaku.

Jelas laporan, individu yang berkaitan dengan lombong itu ditahan oleh pihak berkuasa.

Bulan lalu, sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan 13 mengalami kecederaan dalam kemalangan perlombongan di pinggir bandar Jixi, timur laut wilayah Heilongjiang.

Pada tahun 2022, seramai 245 orang maut dalam 168 kemalangan membabitkan perlombongan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya