Lelaki pecah rekod dunia, tumbuk punching bag lebih 55 jam

Lelaki pecah rekod dunia, tumbuk punching bag lebih 55 jam

SIDHU Kshetri meraih rekod dunia selepas menumbuk punching bag selama 55 jam 15 minit. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Seorang lelaki berusia 42 tahun dari India berjaya memecahkan Rekod Dunia Guinness bagi kategori menumbuk punching bag paling lama. 

Lapor NDTV, Sidhu Kshetri yang merupakan atlet seni bela diri meraih pengiktirafan itu selepas melakukan aksi menumbuk punching bag selama 55 jam 15 minit.

Sidhu yang pernah mewakili India dalam banyak kejohanan Taekwondo, berjaya mengatasi rekod dicatatkan sebelum ini dengan perbezaan masa selama lima minit sahaja.    

“Saya berlatih seni bela diri sejak 25 tahun lalu. Malah, saya mahu menyumbang kepada negara, jadi saya mengambil keputusan untuk mencuba cabaran rekod dunia ini,” katanya.

Berdasarkan peraturan Rekod Dunia Guinness, prestasi ketahanan Sidhu memerlukannya untuk melakukan sekurang-kurangnya satu tumbukan setiap dua saat.

Sidhu juga dibenarkan berehat selama lima minit setiap jam, malah masa itu boleh dikumpulkan untuk mengambil tempoh rehat yang lebih lama.

Ini bermakna Sidhu boleh mengambil rehat lebih lama apabila diperlukan namun dia harus mengekalkan prestasi menumbuk itu pada kebanyakan masa.

Ini bukan kali pertama Sidhu meraih gelaran Rekod Dunia Guinness.

Sebelum ini, Sidhu pernah mencipta rekod dunia bagi tendangan seni bela diri paling banyak dengan melakukan 620 tendangan guna sebelah kaki dalam masa tiga minit.

Sidhu pecah rekod dunia sendiri dicatatkan pada 2011 selepas melakukan 168 tendangan seni bela diri guna sebelah kaki dalam masa seminit. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya