Lelaki maut masuk dalam enjin pesawat

Lelaki maut masuk dalam enjin pesawat

LAPANGAN Terbang Antarabangsa Salt Lake City.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SALT LAKE CITY: Seorang lelaki dilaporkan maut selepas merangkak masuk ke dalam enjin pesawat Delta Air Lines  di Lapangan Terbang Antarabangsa Salt Lake City lewat petang Isnin lalu.

Jurucakap lapangan terbang berkata,  lelaki berusia 30 tahun yang dikenali sebagai Kyler Efinger dari Park City, Utah memasuki kawasan lapangan terbang melalui pintu kecemasan terminal sebelum menyelinap ke dalam enjin pesawat Airbus A220 yang belum dihidupkan.

Lapangan terbang tersebut dalam satu kenyataan berkata, pesawat yang dijadualkan menuju ke San Francisco itu susah sesak dengan penumpang apabila pihak berkuasa menemukan Efinger tidak sedarkan diri di dalam penutup enjin jet tersebut.

“Polis dan anggota kecemasan lain tidak dapat memulihkan Efinger dan dia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Tidak jelas tentang kecederaan yang menyebabkan kematian lelaki itu. Bedah siasat dan laporan toksikologi akan dijalankan dalam tempoh terdekat,” jelas kenyataan itu.

Delta Air Lines berkata, pesawat berkenaan terpaksa kembali ke pintu pagar, di mana kesemua 95 penumpang diarah turun dan penerbangan itu dibatalkan.

Bagaimanapun, polis mengesahkan kejadian itu tidak memberi kesan kepada operasi lain di lapangan terbang berkenaan.

Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan berkata, pihaknya sedang mengumpul maklumat dan bekerjasama dengan polis tempatan di Utah yang mengendalikan siasatan kes tersebut.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya