Lelaki bela lebih 700 labah-labah tarantula

Lelaki bela lebih 700 labah-labah tarantula

ARACHNOPHILE Aaron Phoenix mula mengumpul tarantula apabila doktor memberitahu hobinya boleh membantu kesihatan mentalnya. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Setiap individu mempunyai hobi berbeza, begitu juga dengan Arachnophile Aaron Phoenix dari Yate, England yang obses memelihara lebih 700 labah-labah tarantula sebagai haiwan belaan kesayangannya.

Koleksi serangga yang dimiliki Phoenix menjadikannya sebagai Spider Man di alam realiti.

Malah, Phoenix, 36, juga ketika ini sedang membangunkan laman sesawang, dengan rancangan untuk membuka kedai labah-labah. 

“Orang sering tanya sama ada saya bergurau apabila memberitahu jumlah labah-labah dimiliki. Mereka juga bertanya jika ada sesuatu tidak kena dengan saya.

“Namun, setiap orang mempunyai hobi berbeza dan mereka suka lakukan apa yang digemari.

“Ada yang berminat pergi ke gimnasium dan saya pula suka mengumpul tarantula,” katanya kepada agensi berita SWNS.

Menurut laporan, Phoenix mula mengumpul serangga arachnid itu pada musim panas tahun 2021 selepas didiagnosis menghidap gangguan bipolar.

Dia tinggal bersama pasangannya, Jo, 47, dan dua anak perempuannya.

Malah, sebuah bilik berasingan di rumah mereka disediakan khas untuk labah-labah dibelanya yang dinamakan sebagai tarantula cave.

Phoenix mula mengumpul tarantula apabila doktor memberitahu hobinya boleh membantu kesihatan mentalnya.

Katanya, dia membelanjakan kira-kira AS$125 (RM585) sebulan untuk substrat, kulit gabus, sampah daun dan lumut sphagnum untuk labah-labah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya