BEIJING: Sekurang-kurangnya 39 orang terbunuh manakala sembilan lagi cedera dalam kejadian kebakaran di ruang bawah tanah sebuah kedai di tepi jalan di bandar Xinyu di wilayah Jiangxi.
Media China dan kerajaan tempatan berkata, beberapa orang masih lagi terperangkap di tingkat bawah tanah kedai di Tiangongnan Avenue di daerah Yushui itu.
Menurut saluran China Daily yang memetik ibu pejabat kecemasan kebakaran tempatan berkata, kebakaran berlaku pada sebelah petang.
Menerusi kenyataan kerajaan, mangsa yang cedera dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
Menurut agensi berita Xinhua, selepas kejadian kebakaran terbaharu itu, Presiden China, Xi Jinping menuntut agar usaha ditingkatkan bagi mengekang kemalangan dan memastikan keselamatan orang ramai.
Seramai 12 orang ditahan dan sedang disiasat oleh polis atas dakwaan peranan mereka dalam kebakaran itu.-REUTERS