Kediaman wanita Australia dapat gelaran laman paling hodoh di dunia

Kediaman wanita Australia dapat gelaran laman paling hodoh di dunia

KATHELEEN Murray berdiri di kawasan laman rumahnya yang dinobat paling hodoh di dunia di Sandford, Australia.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SYDNEY: Halaman rumah seorang wanita Australia yang dimusnahkan oleh tikus bandicoot dinobat sebagai pemenang pertandingan padang laman paling hodoh di dunia.

Kathleen Murray dari Sandford, Tasmania memenangi pertandingan aneh itu yang dianjurkan oleh pihak berkuasa tempatan bandar Gotland, Sweden.

Gotland memulakan pertandingan tersebut dua tahun lalu untuk menggalakkan penduduk tempatan menjimatkan air di tengah-tengah musim kemarau yang hampir melanda bandar itu.

Tahun ini peraduan itu diperluas ke peringkat global, dengan lokasi padang di Amerika Syarikat (AS), Kanada, Britain, Jerman, Perancis dan Croatia turut bersaing merebut gelaran tersebut.

Laman Murray mempunyai tompokan jarang rumput kuning, tumbuh-tumbuhan yang layu dan tanah kering yang disebabkan oleh gangguan tikus tempatan.

“Anak-anak bandicoot suka menggali, begitulah cara mereka mencari makanan kegemaran mereka. 

“Sekarang halaman belakang saya kelihatan gersang seperti permainan Hungry Hungry Hippo. Saya juga mempunyai landak dan beberapa ekor ayam di sini,” kata Murray kepada The Guardian.

Murray dianugerahkan dengan kemeja-T yang mengandungi frasa ‘Pemilik bangga dengan Laman Paling Hodoh di Dunia’.

“Dulu saya fikir bandicoot adalah hidupan liar pemusnah yang menyerang halaman saya, tetapi sekarang saya melihat mereka sebenarnya memudahkan saya daripada perlu memotong rumput lagi,” kata Murray. 

Gotland yang hampir kehabisan bekalan air pada musim panas tiga tahun lalu berkata, persaingan dan langkah lain yang diambil oleh bandar itu berjaya mengurangkan penggunaan air sebanyak lima peratus.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya