TOKYO: Sebuah kafe kecil di Jepun menjadi perhatian ramai ekoran premis itu hanya dibuka khas untuk individu yang bersikap pesimis atau mempunyai pemikiran negatif.
Lapor Oddity Central, kafe unik yang dikenali sebagai Mori Ouchi dilaporkan terletak di daerah Shimokitazawa, Tokyo.
Menurut pemilik kafe itu, dia mempunyai keinginan untuk membuka kafe dengan konsep sedemikian sejak lebih sedekad lalu.
Namun, katanya, dia hanya berpeluang membuka kafe tersebut kira-kira tiga tahun lalu semasa pandemik Covid-19.
“Saya sentiasa merasakan individu berfikiran negatif selalunya lebih sensitif dan lebih mudah terasa jika dibandingkan dengan orang lain.
“Jadi, saya membuka kafe itu untuk memberi ruang yang selamat untuk golongan tersebut,” jelas laporan.
Rekaan dalaman Mori Ouchi menampilkan konsep tropika yang nampak tenang dan menyamankan, malah premis itu dihias sendiri oleh pemilik kafe itu.
Mori Ouchi juga mempunyai bilik peribadi yang mana pelanggan boleh bersendirian tanpa perlu risau direnung orang lain.
Sementara itu, pemilik kafe berkata, kebanyakan minuman koktel dihidangkan di Mori Ouchi diperbuat menggunakan bahan-bahan berwarna cerah.
“Ia sekaligus boleh membuatkan pelanggan berasa kecewa dengan rasa kasar dan warna apabila ia dicampur,” katanya.
Meskipun Jepun mempunyai banyak kafe unik, namun Mori Ouchi sememangnya antara yang paling menarik perhatian.