Kabus tebal sebabkan kekecohan di lapangan terbang India

Kabus tebal sebabkan kekecohan di lapangan terbang India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Pengawal selia penerbangan India mengeluarkan nasihat kepada syarikat penerbangan selepas berpuluh-puluh penumpang menggunakan platform media sosial untuk mengadu tentang kelewatan dan pembatalan penerbangan.

Badan tersebut meminta syarikat penerbangan untuk membatalkan penerbangan lebih awal dan memaklumkan segera kepada penumpang tentang kelewatan dalam masa nyata.

Kabus tebal menyelubungi sebahagian besar utara India pada hari ketiga berturut-turut berikutan gelombang sejuk melampau yang mengurangkan jarak penglihatan, sekali gus menjejaskan jadual perjalanan lebih 160 penerbangan.

Tetapi penumpang yang berang dengan pembatalan jadual penerbangan menuduh syarikat penerbangan dan lapangan terbang tidak berkomunikasi dengan baik sehingga mencetus masalah kepada mereka.

Seorang lelaki ditangkap dan kemudian dibebaskan dengan ikat jamin selepas dituduh menyerang pembantu juruterbang syarikat penerbangan IndiGo.

Penerbangan lelaki itu pada Ahad ditangguhkan selama lebih 10 jam dan sebuah video tular menunjukkan dia menerkam pembantu juruterbang yang membuat pengumuman di dalam pesawat.

Satu lagi video menunjukkan penumpang sedang makanan sambil duduk di atas landasan di lapangan terbang Mumbai, selepas penerbangan mereka dari Goa ke Delhi mengalami kelewatan selama beberapa jam.

Beratus-ratus penerbangan domestik ditangguhkan sejak Ahad lalu selepas kabus tebal menyelubungi New Delhi yang menempatkan salah satu lapangan terbang paling sibuk di India.

Walaupun kabus adalah kejadian tahunan, laporan mengatakan keadaan lebih buruk di lapangan terbang berkenaan tahun ini disebabkan faktor lain termasuk kekurangan tempat letak kereta dan landasan ditutup untuk penyelenggaraan.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya