Jual harta untuk tinggal di kapal persiaran

Jual harta untuk tinggal di kapal persiaran

JOHN (kanan) bersama Melody merancang menghabiskan sisa hidup mereka mengembara ke seluruh dunia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIAMI: Sepasang suami isteri dari Florida merancang untuk menghabiskan sisa hidup mereka mengembara ke seluruh dunia dengan kapal persiaran.

Lapor Sky News, John dan Melody Hennessee sebelum ini menjual segala harta dimiliki termasuk rumah dan perniagaan mereka tiga tahun lalu dan membeli motorhome untuk mengelilingi negara.

Bagaimanapun, Melody, 64, berkata, suaminya yang berusia 76 tahun mula berasa bosan memandu motorhome.

Pasangan suami isteri itu kemudian ternampak iklan di media sosial mengenai pelayaran kapal persiaran Royal Caribbean selama 274 hari dan memutuskan untuk menyertainya.

Ketika ini, John dan Melody sedang berlayar di sekitar Republik Dominika, sebahagian siri pelayaran jangka panjang yang membawa mereka ke beberapa destinasi termasuk Australia, New Zealand dan Pasifik Selatan.

Pasangan itu menyifatkan kehidupan baharu mereka amat mengujakan.

“Kami tidak lagi mempunyai gadai janji atau perbelanjaan rumah. Malah, tidak perlu membayar insurans kenderaan dan harta tanah serta  bil utiliti,” kata John.

Pada masa ini, pasangan itu berpindah dari satu kapal ke kapal lain yang sudah ditempah sehingga Disember 2024.

Bagaimanapun, tidak lama lagi pasangan itu merancang mengambil kediaman lebih kekal di kapal persiaran Villa Vie yang mana 30 peratus penumpangnya merupakan penduduk tetap.

Dilaporkan, kapal itu akan mengelilingi dunia setiap tiga tahun namun kos berlayar dengan kapal Villa Vie tidak murah. 

Harga penginapan kabin dalam bermula pada AS$99,000 (RM455,358.62) tidak termasuk bayaran bulanan yang hampir mencecah AS$8,000 (RM36,796).

Ketika ini, kapal Villa Vie sedang menjalani pengubahsuaian dan akan beroperasi semula pada Mei depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya