Jet pejuang AS terhempas di Korea Selatan, juruterbang selamat

Jet F-16 tentera AS terhempas di Korea Selatan, juruterbang selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Sebuah jet pejuang F-16 milik tentera Amerika Syarikat (AS) terhempas di Laut Barat, Korea Selatan, pagi tadi.

Bagaimanapun, tentera AS memaklumkan juruterbang pesawat itu selamat.

“Jet pejuang F-16 Fighting Falcon yang ditugaskan kepada Sayap Pejuang Ke-8 mengalami kecemasan ketika dalam penerbangan di Laut Barat dan terhempas kira-kira pukul 8.41 pagi (waktu tempatan).

“Juruterbang berjaya keluar dan ditemukan sekitar pukul 9.30 pagi (waktu tempatan). Dia dalam keadaan sedar dan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut,” jelas tentera AS dalam kenyataan.

Dalam pada itu, Komander Sayap Pejuang Ke-8, Kolonel Matthew C. Gaetke memuji kerjasama erat dengan Korea Selatan semasa melaksanakan operasi penyelamatan.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan penyelamat Republik Korea dan semua rakan sepasukan kami dalam operasi ini.

“Kini kami akan mengalihkan tumpuan kepada mencari dan mendapatkan semula bangkai pesawat terhempas itu,” katanya.

Jelas kenyataan itu, maklumat mengenai punca kecemasan ketika penerbangan tidak akan didedahkan sehingga siasatan selesai. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya