TOKYO: Kerajaan Jepun sudah menarik balik semua amaran tsunami yang dikeluarkan selepas gempa bumi kuat melanda negara itu pada Hari Tahun Baharu.
Perkara itu dimaklumkan oleh seorang pegawai agensi meteorologi.
Bagaimanapun, pegawai itu berkata, perubahan kecil pada paras pasang surut air laut masih boleh berlaku.
Pengumuman itu dibuat sehari selepas gegaran kuat di tengah Jepun mencetuskan ombak tsunami setinggi lebih satu meter. – AFP