Israel musnahkan lebih 200 tapak arkeologi di Gaza

Israel musnahkan lebih 200 tapak arkeologi di Gaza

TENTERA Israel memusnahkan gereja purba, masjid, sekolah, muzium, monumen dan tapak bersejarah lain. - AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA CITY: Tentera Israel memusnahkan lebih 200 daripada jumlah 325 tapak purba dan arkeologi yang didaftarkan di Semenanjung Gaza

Lapor Agensi Anadolu, Pejabat Media Kerajaan di Gaza memaklumkan tapak yang dimusnahkan itu termasuk gereja purba, masjid, sekolah, muzium serta tapak bersejarah lain dan monumen.

“Tapak purba dan arkeologi yang dimusnahkan oleh tentera Israel berasal dari zaman Phoenicia dan Rom.

“Tapak lain pula berasal era antara 800 Sebelum Masihi dan 1,400 manakala yang lain dibina kira-kira 400 tahun lalu,” jelas pejabat media itu menerusi kenyataan.

Masjid Besar Omari, gereja Byzantine di Jabaliya, makam Al-Khadir di bandar Deir al-Balah di Semenanjung Gaza dan tanah perkuburan Byzantine Blakhiya (The Anthedon of Palestine), barat laut Bandar Gaza antara tapak yang musnah.

Kenyataan itu turut menyenaraikan beberapa tapak lain yang terjejas teruk antaranya Gereja Ortodoks Yunani Saint Porphyrius, Pusat Al-Saqqa berusia 400 tahun dan Masjid Sayed al-Hashim yang merupakan antara masjid tertua di Gaza.

Sebelum ini, kumpulan hak asasi manusia berpangkalan di Geneva, Euro-Med Monitor memaklumkan Israel sengaja memusnahkan monumen sejarah dan arkeologi di Semenanjung Gaza.

Kumpulan hak asasi itu turut mendakwa rejim Zionis itu berbuat demikian dengan menyasarkan warisan budaya Palestin.

Berdasarkan kementerian kesihatan Gaza, lebih 21,600 penduduk Palestin terbunuh akibat serangan Israel di Gaza. 

Majoriti yang terbunuh dan cedera terdiri daripada golongan wanita dan kanak-kanak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya