Israel bertempur dengan Hamas berhampiran hospital

Israel bertempur dengan Hamas berhampiran hospital

PENDUDUK Palestin menaiki trak bersama barangan mereka ketika melarikan diri dari Khan Younis menuju Rafah.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Tentera Israel dilaporkan bertempur dengan pejuang Palestin berhampiran hospital utama di Khan Younis, menyebabkan pegawai perubatan dan ratusan pesakit serta keluarga mereka terkepung di kawasan itu.

Israel mengarahkan penduduk meninggalkan kawasan pusat bandar Khan Younis termasuk di hospital Al Nasser dan dua lagi hospital kecil ketika rejim Zionis  meneruskan serangannya terhadap Hamas. 

Sedangkan Pejabat kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)  berkata, kawasan itu menjadi tempat perlindungan kepada 88,000 penduduk Palestin dan lebih 425,000 lagi pelarian yang kehilangan tempat tinggal.

Kumpulan bantuan Doctors Without Borders berkata,  kakitangannya terperangkap di dalam Hospital Al Nasser bersama kira-kira 850 pesakit dan ribuan lagi penduduk kerana jalan di sekitarnya tidak boleh diakses dan menjadi terlalu berbahaya. 

Hospital Al Nasser adalah satu daripada dua hospital di selatan Gaza yang masih boleh merawat pesakit kritikal.

Namun tentera Israel berkata, tenteranya sedang memerangi musuh di dalam Khan Younis selepas mengepung bandar tersebut dan menyerang sasaran di sekeliling hospital berkenaan tanpa memikirkan keselamatan pesakit serta orang awam di kawasan itu.

Akibat serangan berterusan, beribu-ribu penduduk Khan Younis mula melarikan diri menuju ke arah selatan. 

PBB berkata, kira-kira 1.5 juta orang kini terpaksa bersesak-sesak ke tempat perlindungan dan khemah di dalam dan sekitar Rafah yang terletak di sempadan dengan Mesir.

Malah di sana, rakyat Palestin tidak mampu berasa selamat dengan Israel kerap melakukan serangan di dalam dan sekitar bandar itu. 

Saksi Palestin berkata, kereta kebal Israel mula menuju ke bahagian Muwasi, kawasan berpasir di sepanjang pantai yang sebelum ini diisytiharkan sebagai zon selamat, di mana puluhan ribu orang tinggal di dalam khemah tanpa perkhidmatan asas.

Pegawai PBB turut menyatakan kebimbangan lebih ramai penduduk akan mati akibat penyakit, selepas sekurang-kurangnya satu perempat daripada mereka kini menghadapi kebuluran.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya