Iran: Empat lelaki didakwa pengintip Israel, dihukum mati

Iran: Empat lelaki didakwa pengintip Israel, dihukum mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Iran melaksanakan hukuman gantung sampai mati terhadap empat lelaki selepas didapati bersalah bekerjasama dengan Israel dalam rancangan untuk mensabotaj tapak pertahanan negara itu.

Perkara itu dimaklumkan oleh badan kehakiman.

Menurut laman sesawang Mizan Online, empat lelaki itu dikenal pasti sebagai Mohammad Faramarzi, Mohsen Mazloum, Wafa Azarbar dan Pejman Fatehi.

Kesemua individu itu ditahan pada Julai 2022 dan dituduh merancang untuk menjalankan operasi menyasarkan sebuah pusat Kementerian Pertahanan yang terletak di wilayah tengah Isfahan.

“Hukuman mati terhadap empat anggota kumpulan mempunyai kaitan dengan pertubuhan pengintip rejim Zionis, yang ditahan kerana merancang operasi pengeboman di Isfahan, sudah dilaksanakan pagi tadi,” lapor Mizan Online.

Iran memaklumkan lelaki berkenaan direkrut oleh perkhidmatan perisikan Israel, Mossad lebih setahun lalu sebelum operasi tersebut.

“Mereka kemudian dihantar ke negara Afrika untuk menjalani latihan di pusat tentera yang mana pegawai Mossad turut hadir,” jelas badan kehakiman itu.

Kesemua lelaki itu dijatuhi hukuman mati pada September tahun lalu.

Pada Ogos tahun lalu, Iran mendakwa pihaknya berjaya menggagalkan projek dimulakan oleh Mossad untuk ‘mensabotaj’ sektor peluru berpandu balistiknya.

Beberapa bulan sebelum itu, pada Februari, Teheran menuduh Israel bertanggungjawab atas serangan dron ke atas tapak tenteranya di Isfahan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya