WASHINGTON: Sebuah telefon pintar iPhone berada dalam keadaan baik tanpa sebarang kerosakan mahu pun skrin retak selepas terjatuh dari ketinggian 5,000 meter dalam insiden pesawat Alaska Airlines.
Pintu pesawat tersebut dilaporkan tiba-tiba meletup dan tercabut ketika kapal terbang masih dalam penerbangan.
Insiden itu menyebabkan terdapat lubang besar pada bahagian badan pesawat terbabit, selain menyaksikan peralatan dan barangan dalam kapal terbang ‘disedut keluar’ termasuk iPhone berkenaan.
Ketua Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Amerika Syarikat (AS) NTSB) berkata, kesemua penumpang bernasib baik kerana terselamat daripada insiden tersebut dengan pesawat terbabit berjaya mendarat dengan selamat.
Namun, kejadian berkenaan secara tidak langsung menjadikan Boeing sekali lagi dalam perhatian dunia selepas beberapa nahas pesawat yang berlaku sebelum ini.
Dalam pada itu, bateri iPhone yang terjatuh itu juga dilaporkan masih berfungsi dengan baik.
Beberapa barangan lain milik penumpang seperti baju dan AirPods turut terjatuh daripasa pesawat berkenaan.
iPhone itu ditemukan di tepi jalan oleh seorang lelaki bernama Sean Bates di barat laut Washington.