Houthi tersilap sasar kapal tangki bawa minyak Russia

Houthi tersilap sasar kapal tangki bawa minyak Russia

PARA pejuang menjerit dan memegang senjata di Sana'a, Yaman semasa protes menentang operasi multinasional untuk melindungi perkapalan Laut Merah berikutan serangan udara AS dan UK di tapak tentera Houthi.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Kumpulan pemberontak Houthi tersilap menyasarkan sebuah kapal tangki yang membawa minyak Russia dalam serangan peluru berpandu di luar Yaman Jumaat lalu, lapor firma keselamatan maritim Britain, Ambrey.

Pertubuhan Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom (UKMTO) berkata, pihaknya menerima laporan mengenai peluru berpandu ditembak 90 batu nautika di tenggara bandar pelabuhan Aden, Yaman.

Menurut kenyataan UKMTO, berlaku  pendaratan peluru berpandu di dalam air sejauh 400 hingga 500 meter diikuti oleh tiga kapal kecil namun tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan.

“Ini adalah kapal tangki kedua yang tersilap disasarkan oleh Houthi semasa membawa minyak Russia,” jelas Ambrey.

Pemberontak Houthi Yaman yang disokong Iran melancarkan gelombang serangan dron dan peluru berpandu ke arah kapal komersial Barat di Laut Merah sejak 19 November lalu sebagai protes terhadap operasi ketenteraan Israel di Gaza.

Amerika Syarikat (AS) dan Britain melancarkan serangan dari udara dan laut terhadap sasaran tentera Houthi di Yaman Jumaat lalu.

Russia, sekutu Iran dan rakan kongsi kuasa utama Arab, mengecam serangan berkenaan dan menggesa mesyuarat segera Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Sebuah kapal tangki dengan bendera Panama melihat tiga perahu semasa transit ke timur melalui Koridor Transit Disyorkan Antarabangsa,” kata laporan Ambrey, sambil menambah kapal itu melaporkan peluru berpandu mengenai air.

Ambrey menilai kapal itu tersilap disasarkan berdasarkan maklumat lapuk yang tersedia secara umum lebih lima bulan lalu mengaitkan kapal itu dengan United Kingdom (UK).

“Kapal itu masih disenaraikan sebagai gabungan UK dalam pangkalan data maritim awam,” kata laporan itu.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya