Houthi serang kapal kargo AS di Teluk Aden 

Houthi serang kapal kargo AS di Teluk Aden 

KAPAL Gibraltar Eagle - AGENSI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SANAA: Kumpulan Houthi menyerang sebuah kapal kargo milik Amerika Syarikat (AS) dengan menggunakan peluru berpandu balistik di perairan Yaman.

Perkara itu dimaklumkan oleh Komando Pusat tentera AS (Centcom) dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, menurut Centcom, setakat ini, tiada laporan kecederaan mahupun kerosakan yang ketara membabitkan kapal Gibraltar Eagle.

Lapor BBC, kapal membawa bendera Kepulauan Marshall itu meneruskan perjalanannya di Teluk Aden.

Houthi yang disokong Iran melancarkan serangan menyasarkan beberapa kapal sejak November tahun lalu, sebagai tanda protes terhadap perang rejim Zionis di Gaza.    

Dalam pada itu, syarikat perkapalan Eagle Bulk Shipping memaklumkan kapal pengangkut itu membawa produk keluli dan berada kira-kira 160 kilometer (km) di luar pantai di Teluk Aden ketika diserang.

Jelas syarikat itu, kapal tersebut mengalami `kerosakan kecil di tempat penyimpanan kargo’ namun masih mampu beroperasi dan menuju keluar dari lokasi berkenaan.

Terdahulu, Centcom memaklumkan sebuah lagi peluru berpandu yang dilancarkan ke arah kapal pemusnah AS di Laut Merah, berjaya dipintas dan ditembak jatuh oleh jet pejuang AS.

Kumpulan Houthi melakukan serangan ke atas kapal komersial berkaitan Israel atau menuju ke pelabuhan Israel, sebagai tanda sokongan kepada rakyat Palestin ketika rejim Zionis meneruskan operasi ketenteraan di Gaza.

Isnin lalu, pemimpin kanan Houthi, Nasr al-Din Amer memaklumkan kapal AS juga dianggap sebagai sasaran.

Serangan Houthi ke atas kapal-kapal kargo di Laut Merah menyebabkan banyak syarikat perkapalan terbesar dunia mengubah laluan perjalanan sekali gus mengakibatkan gangguan kepada perdagangan global.

Sebagai tindak balas kepada serangan Isnin, Jabatan Pengangkutan AS mengeluarkan amaran dengan mengesyorkan bendera AS dan kapal komersial milik AS tidak berada di kawasan tertentu di Laut Merah dan Teluk Aden.

Baru-baru ini, syarikat minyak kedua terbesar dunia, Qatar Energy memutuskan untuk menghentikan penghantaran melalui laluan itu ketika mendapatkan nasihat keselamatan.

Sementara itu, Ketua Penasihat Ekonomi White House, Lael Brainard mendakwa ekonomi AS terkesan berikutan cubaan Houthi untuk mengganggu perkapalan komersial di Laut Merah.

Beliau mendakwa serangan di Laut Merah memberi kesan yang ‘sangat sedikit’ kepada AS.

Katanya, beberapa syarikat perkapalan menggantung operasi di Laut Merah buat sementara dan mengambil laluan lebih jauh di sekitar Afrika.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya