Hezbollah, Israel tiada minat luaskan perang Gaza ?

Hezbollah, Israel tiada minat luaskan perang Gaza ?

SEBAHAGIAN besar bangunan musnah akibat pengeboman berterusan Israel di Semenanjung Gaza. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Kumpulan Hezbollah di Lubnan dan tentera Israel memberi bayangan kedua-dua pihak cuba mengelak risiko perang Gaza merebak melangkui wilayah Palestin.

Kenyataan itu dibuat selepas Timbalan Ketua Hamas, Saleh al-Arouri terbunuh dalam serangan dron di Beirut.

Pemimpin Hezbollah, Hassan Nasrallah menerusi ucapannya di Beirut menegaskan bahawa pasukannya yang disokong Iran `tidak akan berdiam diri’ susulan pembunuhan Saleh, Selasa lalu.    

Hassan berkata, Hezbollah akan berjuang habis-habisan sekiranya rejim Zionis itu memilih untuk meluaskan perang ke Lubnan.

Bagaimanapun, beliau tidak membuat sebarang ancaman untuk bertindak terhadap Israel sebagai sokongannya kepada Hamas.

Setakat ini, Israel belum mengesahkan mahupun menafikan melakukan pembunuhan itu.

Namun, rejim Zionis sebelum ini pernah berjanji untuk memusnahkan Hamas berikutan serangan mengejut kumpulan pejuang itu ke atas Israel pada 7 Oktober lalu.

Israel melancarkan serangan darat dan udara di Gaza sebagai tindak balas, mengakibatkan lebih 22,000 rakyat Palestin maut.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, angka kematian itu merangkumi hampir satu peratus daripada 2.3 juta rakyat Palestin di Gaza.

Ketika ditanya pemberita mengenai persiapan menghadapi kemungkinan serangan balas Hezbollah, jurucakap tentera Israel, Daniel Hagari tidak mahu mengulas perkara berkenaan.

“Saya tidak akan menjawab persoalan anda. Kami ketika ini memberi tumpuan kepada perjuangan menentang Hamas,” katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai ucapan Hassan, jurucakap White House, John Kirby menyatakan pihaknya tidak menyangka Hezbollah akan bertindak untuk membantu kepentingan Hamas.

Seorang lagi pegawai Amerika Syarikat (AS) berpandangan bahawa Hezbolllah mahupun Israel tidak mahu perang meluas.  

“Apa yang boleh kami katakan adalah tiada keinginan jelas untuk Hezbollah berperang dengan Israel atau sebaliknya,” katanya. 

Pembunuhan Saleh dilihat sebagai petanda baharu potensi risiko perang di Gaza boleh merebak jauh di luar wilayah Palestin.

Saleh, 57, merupakan pemimpin kanan politik Hamas pertama yang dibunuh sejak Zionis melancarkan serangan udara dan darat terhadap kumpulan pejuang itu hampir tiga bulan lalu dalam serangan mengejut Hamas ke atas Israel. – REUTERS 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya