Gunung berapi Iceland muntahkan lava, musnahkan rumah penduduk

Gunung berapi Iceland muntahkan lava, musnahkan rumah penduduk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REYKJAVIK: Letusan gunung berapi Iceland memuntahkan lava panas ke kawasan perkampungan nelayan di bandar Grindavik, menyebabkan beberapa rumah hangus terbakar.

Gunung berapi di semenanjung Reykjanes meletus pada awal pagi Ahad, menumpahkan lava ke bandar nelayan itu.

Wartawan sains dan pakar gunung berapi, Robin Andrews berkata, letusan itu mencetus senario terburuk dan keadaan yang amat membahayakan di bandar itu walaupun seluruh penduduk sudah dipindahkan.

Tembok yang dibina selepas letusan pada bulan Disember sebahagiannya musnah dengan jalan utama ke bandar lain terputus akibat aliran lahar.

Pejabat Meteorologi Iceland (IMO) berkata, tembok penghadang musnah di beberapa tempat, membolehkan lava sampai ke bandar itu yang kemudian membakar rumah-rumah dan beberapa bangunan.

Andrews menegaskan, keadaan curahan lava dari dua rekahan semakin buruk dan tidak menunjukkan tanda-tanda berkurangan.

Beliau memberi amaran, kesan letusan itu boleh membahayakan nyawa mereka yang mempunyai masalah pernafasan kerana aktiviti gunung berapi membebaskan gas seperti sulfur dioksida yang merengsakan kulit, mata, hidung dan tekak.

Tahap amaran negara dinaikkan kepada situasi kecemasan, skala tertinggi dalam tiga peringkat yang menandakan terdapat ancaman bahaya kepada manusia, komuniti, harta benda atau alam sekitar.

Letusan semalam adalah yang kelima berlaku di sepanjang semenanjung Reykjanes sejak 2021.

Perdana Menteri, Katrín Jakobsdóttir berkata, kerajaan akan bermesyuarat untuk membincangkan langkah-langkah perumahan kepada penduduk yang dipindahkan.

“Hari ini adalah hari hitam bagi Grindavik dan hari ini juga adalah hari hitam bagi seluruh Iceland, tetapi matahari pasti akan terbit semula.

“Bersama-sama kami akan menangani kejutan ini dan apa sahaja yang mungkin datang. Fikiran dan doa kami bersama anda,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya