Gempa bumi 6.1 gegar selatan Guatemala

Gempa bumi 6.1 gegar selatan Guatemala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUATEMALA CITY: Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud melanda pantai selatan pasifik Guatemala, menyebabkan beberapa penduduk meninggalkan kediaman dengan laporan awal kerosakan bangunan.

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), gegaran turut dirasai di negara jiran El Salvador.

Pegawai di El Salvador menyifatkan gempa itu sebagai kuat dan sedang memantau perkembangannya.

Pusat gempa bumi terletak berhampiran bandar Taxisco di Guatemala, kira-kira 100 kilometer di selatan ibu kota Guatemala City, yang mana penggera berbunyi dan beberapa penduduk yang ketakutan meninggalkan rumah mereka.

Menurut agensi perkhidmatan kecemasan Guatemala, sebahagian bangunan gereja di bandar San Pablo Jocopilas turut runtuh akibat gegaran kuat.

USGS berkata, gempa itu berlaku pada kedalaman 108 kilometer.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya