Gempa 6.7 magnitud gegar Filipina - Utusan Malaysia

Gempa 6.7 magnitud gegar Filipina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Gempa bumi berukuran 6.7 pada skala Richter melanda pantai selatan Filipina awal pagi tadi, lapor Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Menurut pihak berkuasa tempatan, sehingga kini tiada laporan mengenai kematian atau kerosakan infrastuktur.

Gempa itu berlaku pada kedalaman 70 kilometer kira-kira 100 kilometer di tenggara perbandaran Sarangani di luar pulau Mindanao.

Menurut Sistem Amaran Tsunami AS dan Agensi Seismologi Filipina, gempa itu tidak mencetuskan amaran tsunami

“Dengan rahmat Tuhan ia tidak begitu kuat di wilayah kami,” kata Ketua Sarjan, Ian Roy Balandan dari pejabat polis wilayah Sarangani di Mindanao.

Pegawai Bencana Perbandaran Sarangani, Harly Sauro berkata, gempa itu tidak menyebabkan sebarang kerosakan atau kemalangan jiwa tetapi mengejutkan penduduk yang sedang tidur.

Gempa bumi kerap melanda Filipina yang terletak di sepanjang Lingkaran Api Pasifik, lengkok aktiviti seismik dan gunung berapi kuat yang terbentang dari Jepun melalui Asia Tenggara dan merentasi lembangan Pasifik.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya