EU kecam cadangan hantar penduduk Palestin ke Laut Mediterranean

EU kecam cadangan hantar penduduk Palestin ke Laut Mediterranean

PENDUDUK Palestin melarikan diri dari bandar Khan Yunis menuju ke Rafah.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Ketika wakil Kesatuan Eropah (EU) memutuskan untuk menyertai rundingan mencari penyelesaian yang boleh dilaksanakan segera bagi menghentikan kekejaman di Gaza, Menteri Luar Israel, Yisrael Katz tampil menghadiri mesyuarat dengan mencetuskan kontroversi baharu.

TIDAK RELEVAN

Katz enggan bercakap tentang usaha mengurangkan penderitaan manusia di Gaza akibat pembunuhan beramai-ramai Israel sebaliknya, beliau berhujah untuk memindahkan penduduk Gaza ke pulau buatan di Laut Mediterranean berhampiran pantai Gaza.

Mesyuarat menteri EU kelmarin diadakan bertujuan untuk membincangkan krisis kemanusiaan yang melanda Semenanjung Gaza dan langkah pertama yang berpotensi ke arah penyelesaian aman kepada konflik jangka panjang antara Israel dan Palestin.

Pertemuan itu dilaporkan dihadiri oleh Katz dan wakil dari Pihak Berkuasa Palestin, Riyad al-Maliki tetapi kedua-dua pegawai tertinggi itu mengadakan pertemuan berasingan dengan rakan sejawat di EU.

Cadangan Katz menimbulkan kemarahan Ketua Hal Ehwal Luar EU, Josep Borrell.

Borell sebelum itu menyifatkan mesyuarat tersebut sebagai luar biasa kerana masanya dan tahap penyertaan oleh menteri luar EU yang lain.

Bagaimanapun Borrell memberitahu pemberita selepas mesyuarat itu, cadangan Katz langsung tidak relevan dengan perbincangan yang sedang berlangsung.

“Saya fikir menteri itu boleh menggunakan masanya dengan lebih baik untuk lebih prihatin dan bimbang tentang keadaan di tempatnya atau angka kematian yang tinggi di Gaza,” kata Borrell .

Menurut Euronews, Katz hadir ke persidangan itu membawa bersama dua video yang dimainkannya kepada menteri-menteri lain yang hadir. 

Salah satu daripada dua video tersebut menunjukkan cadangan untuk membina sebuah pulau buatan di laut Mediterranean di luar pantai Gaza yang akan berfungsi sebagai hab komersial yang menghubungkan Semenanjung Gaza dengan seluruh dunia.

Katz juga secara tersirat menunjukkan pulau itu akan menjadi tuan rumah pelarian Palestin yang kehilangan tempat tinggal akibat perang Gaza.

Borell berkata, Israel kelihatan tidak berminat untuk membincangkan idea-idea Eropah mengenai usaha menamatkan perang atau masa depan konflik yang sudah berlarutan lebih empat bulan itu.

IDEA LAPUK

Lapor Euronews, Eropah merasakan pihaknya mempunyai kewajipan moral untuk mencari dan mencadangkan penyelesaian terhadap isu tersebut.

Tingkah laku Katz bagaimanapun menunjukkan kekurangan penglibatan sepenuhnya oleh Israel dalam sebarang penyelesaian, baik untuk peperangan mahupun untuk menamatkan pendudukan Israel di Palestin.

Walaupun pelan untuk memindahkan penduduk Palestin  adalah idea lama, perang di Gaza menjadikan cadangan melampau itu semakin popular dalam kalangan ahli politik Israel.

Menteri-menteri dalam kerajaan Netanyahu menyeru untuk menolak rakyat Palestin keluar dari Gaza ke wilayah lain. 

Sebelum ini terdapat antara mereka yang mencadangkan padang pasir Sinai dan Congo.

Idea pulau buatan Katz, bagaimanapun dibina berdasarkan cadangan lama dari 2017 ketika beliau menjadi menteri pengangkutan.

“Idea itu kemudiannya dicadangkan sebagai jawapan kepada realiti yang tidak baik untuk rakyat Palestin dan tidak baik untuk Israel,” lapor Reuters.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya