Enjin terbakar, pesawat Atlas Air Boeing 747 mendarat cemas

Enjin terbakar, pesawat Atlas Air Boeing 747 mendarat cemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Sebuah pesawat kargo Atlas Air Boeing 747-8 terpaksa melakukan pendaratan cemas di Miami pada Khamis lalu sejurus kapal terbang itu berlepas ekoran mengalami kebakaran enjin.

Bagaimanapun, pesawat membawa lima anak kapal itu selamat sampai ke destinasi dengan tiada kecederaan dilaporkan.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) dan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

Menurut FAA, pemeriksaan pasca penerbangan menunjukkan lubang sebesar bola lisut di atas enjin.

NTSB pula memaklumkan pihaknya sudah melancarkan siasatan dan ketika ini sedang mengumpul maklumat untuk menilai dan menentukan skop siasatan.

Beberapa rakaman video tular di aplikasi X menunjukkan api keluar dari sayap kiri pesawat ketika dalam penerbangan.

“Anak kapal mengikut semua prosedur operasi standard (SOP) dan selamat tiba ke lapangan terbang antarabangsa Miami,” jelas syarikat pengangkutan udara itu.

Tambah syarikat itu, pihaknya akan menjalankan pemeriksaan untuk mencari punca.

Dilaporkan, pasukan penyiasat akan menilai beberapa aspek seperti usia enjin dan rekod penyelenggaraannya.

Sementara itu, Boeing memaklumkan pihaknya menyokong Atlas dan penyiasatan NTSB ke atas insiden ini. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya