Dua rakyat Malaysia ditahan di Guantanamo mungkin pulang akhir tahun ini

Dua rakyat Malaysia ditahan di Guantanamo mungkin pulang akhir tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Dua rakyat Malaysia yang mengaku bersubahat dengan sekutu Al Qaeda dalam insiden pengeboman di Bali pada 2002 berkemungkinan akan pulang ke Malaysia sebelum akhir tahun ini.

Perkara itu susulan perjanjian pengakuan yang dipersetujui mereka minggu lalu.

Menurut laporan wartawan The New York Times, seorang juri pegawai tentera di Teluk Guantanamo, Cuba akan dipertanggungjawabkan untuk menjatuhkan hukuman dari tempoh 20 hingga 25 tahun.

Bagaimanapun, perjanjian yang dicapai minggu lalu itu dilihat akan membantu mereka berdua yang kini berdepan hukuman yang panjang dalam penjara rahsia Agensi Perisikan Pusat (CIA) untuk kembali ke Malaysia, susulan penahanan pada 2003.

Laporan itu bagaimanapun menyatakan sebahagian daripada perjanjian pengakuan yang membayangkan mereka boleh kembali ke Malaysia kekal sebagai rahsia.

Ia turut menyatakan, prosiding hukuman terhadap Mohammed Farik Amin, 48, dan Mohammed Nazir Lep, 47, adalah sebahagian daripada strategi kerajaan Amerika Syarikat (AS) untuk cuba menyelesaikan kes keselamatan Guantanamo menerusi rundingan pengakuan.

Minggu lalu, kedua-dua lelaki itu yang kini ditahan di Guantanamo mengaku bersalah bersubahat dalam insiden pengeboman di pulau peranginan Bali yang mengorbankan 202 nyawa pada 12 Oktober 2002.

Mereka didakwa bersama warga Indonesia, Encep Nurjaman yang juga dikenali sebagai Hambali.

Namun, Oktober lalu, The New York Times melaporkan, Mohammed Farik dan Mohammed Nazir mencapai persetujuan dengan pendakwa raya di Teluk Guantanamo untuk tuduhan berkonspirasi dalam serangan pengganas di Bali, sekali gus memisahkan mereka berdua daripada kes Hambali.

Dalam rayuan itu juga, Mohammed Farik dan Mohammed Nazir bersetuju memberi keterangan terhadap Hambali yang juga bekas ketua gerakan Jemaah Islamiyah.

Akhbar berkenaan turut melaporkan, kedua-duanya disoal oleh pendakwa raya pada semalam dan kelmarin sebagai sebahagian daripada perjanjian pengakuan itu dan ia berpotensi untuk digunakan dalam perbicaraan Hambali, yang diminta pendakwa raya untuk diadakan tahun depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya