ATHENS: Pengawal pantai Greece mengesahkan pasukannya menemukan dua mayat pendatang berhampiran Pulau Lesbos di Greece.
Dalam kejadian itu, pengawal pantai Greece juga berjaya menyelamatkan 18 pendatang.
Pegawai memaklumkan kumpulan pendatang itu dipercayai tiba di pulau tersebut dengan menaiki bot ketika angin kencang melanda Laut Aegean.
Seorang pendatang mendakwa terdapat kira-kira 36 orang menaiki bot berkenaan.
Menurut pengawal pantai, pasukannya bersama polis sedang mencari lebih ramai pendatang di kawasan itu.
Greece berdepan krisis pendatang pada 2015 yang mana lebih sejuta orang sebahagian besarnya pelarian Syria, menyeberang dari Turkiye ke negara Eropah melalui laut. – REUTERS