Dua kelasi tentera laut AS hilang di perairan Somalia

Dua kelasi tentera laut AS hilang di perairan Somalia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Dua kelasi tentera laut Amerika Syarikat (AS) dilaporkan hilang di laut ketika menjalankan operasi di luar pantai Somalia.

Perkara itu diumumkan oleh Komando Pusat AS dalam satu kenyataan ringkas.

Menurut kenyataan itu, dua kelasi berkenaan dilaporkan hilang sejak petang Khamsi lalu.

“Operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan untuk mengesan dua kelasi berkenaan.

“Untuk tujuan keselamatan operasi, kami tidak akan mengeluarkan maklumat tambahan sehingga misi mengesan anggota tersebut selesai,” jelas kenyataan itu.

Sebelum ini, kelasi berkenaan bertugas di kawasan operasi Armada Ke-5 AS dalam menyediakan sokongan terhadap pelbagai jenis misi.

Menurut laman sesawang tentera, kawasan operasi Armada Kelima meliputi kira-kira 2.5 juta batu persegi termasuk di Teluk, Laut Merah, Teluk Oman dan sebahagian Lautan Hindi. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya