Dompet hilang ditemukan selepas 65 tahun

Dompet hilang ditemukan selepas 65 tahun

DOMPET lama itu ditemukan di sebalik dinding di Plaza Theater, Atlanta. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TBILISI: Sekumpulan pekerja yang sedang melakukan kerja pengubahsuaian di sebuah panggung wayang di Atlanta, menemukan dompet lama dipercayai hilang kira-kira 65 tahun lalu.

Lapor UPI News, kontraktor menjumpai dompet lama itu di sebalik dinding di Plaza Theater dan menyerahkannya kepada pemilik pawagam, Chris Escobar. 

Menurut Escobar, lokasi penemuan dompet itu mungkin merupakan bahagian Lost and Found di pejabat pengurus yang sudah lama tidak kelihatan disebabkan pengubahsuaian.   

“Sebenarnya dompet ini hilang sejak sekian lama. Ia milik sebuah keluarga yang tinggal di kawasan kejiranan ini selama 65 tahun.

“Saya harap dapat mencari pemilik dompet ini secepat mungkin,” katanya kepada CNN.

Jelas Escobar, dia melakukan carian di internet dan berjaya mengesan pemilik dompet itu.

Namun, katanya, pemilik dompet itu, Floy Culbreth sudah meninggal dunia pada tahun 2005.

Bagaimanapun, Escobar berkata, dia dapat menghubungi anak perempuan Floy iaitu Thea Culbreth Chamberlain untuk memaklumkan mengenai penemuan dompet milik ibunya. 

Sementara itu, Chamberlain berkata, ibunya menghilangkan dompet itu pada tahun 1958 dan pada ketika itu dia hanya berusia enam tahun.

“Dompet itu mengandungi sekeping gambar keluarga, kad perpustakaan dan tiket cabutan bertuah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya