Cuaca sejuk melampau cengkam utara India

Cuaca sejuk melampau cengkam utara India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Gelombang sejuk melampau melanda beberapa bahagian di utara India.

Lapor BBC, suhu menurun di bawah paras beku iaitu menjunam kepada -5 darjah Celsius di Kashmir yang ditadbir India.

Beberapa kawasan termasuk ibu negara Delhi diselubungi kabus tebal pada waktu pagi dan malam.

Malah, jarak penglihatan yang terhad juga menjejaskan operasi penerbangan dan kereta api sehingga menyukarkan orang ramai melakukan perjalanan.

Jabatan Meteorologi India memaklumkan cuaca sejuk melampau berkemungkinan berterusan untuk beberapa hari akan datang.

Bandar Delhi juga dilanda gelombang sejuk sehingga beberapa kawasan merekodkan suhu serendah 7 darjah Celsius.

Gelombang sejuk juga menyebabkan masalah kesihatan terutamanya di Delhi yang juga menyaksikan tahap pencemaran teruk semasa musim sejuk.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya