Covid-19, ekonomi lemah punca populasi China susut lagi?

Covid-19, ekonomi lemah punca populasi China susut lagi?

KADAR kelahiran China menurun sejak tahun 2016. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HONG KONG: China berkemungkinan mencatatkan penurunan dalam populasinya untuk tahun kedua berturut-turut pada 2023 disebabkan lonjakan kematian akibat Covid-19 selepas negara itu menamatkan perintah berkurung.

Malah, keyakinan lemah terhadap prospek ekonomi juga menyebabkan kadar kelahiran negara itu terkesan.

Data populasi pada Januari menunjukkan kadar kelahiran baru pada 2023 menyusut di bawah 9.56 juta (2022) disebabkan beberapa isu seperti ketidaksamaan jantina dan kos penjagaan anak yang tinggi. 

Dilaporkan, kadar kelahiran China menurun sejak tahun 2016.

Pengangguran belia mencecah paras tertinggi, gaji untuk ramai penjawat awam dan pekerja kolar putih juga terkesan, serta turut mengalami krisis dalam sektor hartanah.

Data itu menambah kebimbangan bahawa prospek pertumbuhan negara ekonomi kedua terbesar dunia itu semakin berkurangan.

Ia disebabkan penyusutan peluang pekerjaan, manakala kos penjagaan warga emas dan faedah persaraan memberi lebih tekanan kepada kerajaan tempatan.

“Pemulihan ekonomi yang lebih perlahan daripada jangkaan dan ketidaktentuan China memainkan peranan lebih besar berbanding sebarang kesan positif timbul akibat pemansuhan sekatan Covid-19,” kata felo penyelidik kanan di Universiti Victoria, Xiujian Peng.

Ahli demografi menjangkakan kes kematian akan meningkat dengan mendadak memandangkan Covid-19 melanda China pada awal tahun lalu selepas Beijing secara tiba-tiba menarik balik sekatan pada Disember 2022.

China melaporkan sebanyak 121,889 kes kematian akibat Covid-19 kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), yang kebanyakannya berlaku selepas sekatan ditarik balik.

Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) turut mengkritik Beijing yang sebelum ini dituduh kurang melaporkan jumlah kematian koronavirus sejak melonggarkan dasar sifar Covid-19 negaranya.

Pusat pengebumian dan krematorium yang penuh serta tekanan ke atas doktor untuk tidak mengklasifikasikan kes kematian disebabkan Covid-19, mencetuskan pandangan buruk terhadap ketelusan data China. 

Julai tahun lalu, wilayah Zhejiang di China melaporkan sebanyak 70 peratus upacara pengebumian mayat pada Januari hingga Mac tahun lalu.

Bagaimanapun, data itu sudah dikeluarkan sejak itu.

Satu kajian dijalankan oleh Pusat Kanser Fred Hutchinson yang berpangkalan di Seattle, menganggarkan 1.87 juta kematian dalam  kalangan penduduk China berumur lebih 30 tahun, antara Disember 2022 dan Januari 2023. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya