Columbia rampas kapal selam bawa 800kg dadah

Columbia rampas kapal selam bawa 800kg dadah

IMEJ kapal selam yang dirampas Tentera Laut Columbia di Lautan Pasifik.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOGOTA: Sebuah kapal selam yang membawa hampir 800 kilogram kokain termasuk bungkusan yang dicop dengan simbol kala jengking berjaya dipintas Tentera Laut Colombia.

Lapor BBC, Kapal selam atau dipanggil ‘narco sub’ sepanjang 15 meter yang pertama kali dikesan tahun ini berjaya dirampas ketika melalui Lautan Pasifik dan polis turut memberkas tiga individu di atas kapal tersebut.

Tentera laut menganggarkan tangkapan itu bernilai AS$27 juta (RM99.36 juta) dan memaklumkan kapal selam tersebut dipercayai dalam perjalanan ke Amerika Syarikat (AS) atau Eropah.

“Di atas kapal itu terdapat bungkusan kokain hidroklorida, kebanyakannya dicop dengan imej kala jengking atau dilabel ‘Winnie’ dan ‘Carnal’.

“Dadah dan suspek dibawa ke Buenaventura, sebuah bandar pelabuhan Colombia. Melalui rampasan ini, kemasukan jutaan dolar AS kepada pertubuhan pengedaran dadah berjaya dihalang.

“Hasil daripada penjualannya di pasaran haram antarabangsa serta pengedaran kira-kira dua juta dos di jalan-jalan di seluruh dunia juga dapat disekat,” kata jurucakap tentera laut. 

Butiran lanjut mengenai suspek masih belum didedahkan.

Pengangkutan itu merupakan cara popular menyeludup dadah kerana kebanyakannya tidak dapat dikesan dan boleh ditenggelamkan selepas membuat penghantaran. 

Pengangkutan itu biasanya dibina sendiri menggunakan bahan seperti gentian kaca serta papan lapis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya