BEIJING: Bagi menjamin pembangunan sosial yang lebih baik dan berterusan, China menguatkuasakan Pendidikan Patriotik China, berkuat kuasa semalam.
Lapor Xinhua, berdasarkan undang-undang itu, pendidikan patriotik merangkumi pelbagai bidang.
Bidang-bidang berkenaan antaranya membabitkan ideologi dan politik, sejarah dan budaya, lambang kebangsaan, keindahan tanah air, perlembagaan dan undang-undang, perpaduan negara dan etnik, keselamatan dan pertahanan negara serta jasa pahlawan dan tokoh.
Menurut agensi berita berkenaan, pendidikan patriotik harus ditujukan kepada semua lapisan rakyat.
Namun, undang-undang dikuat kuasa ini akan mengetengahkan pendidikan patriotik untuk anak-anak muda dan kanak-kanak di sekolah dan rumah.
Undang-undang itu memerlukan semua jenis sumber digunakan sepenuhnya untuk melaksanakannya.
Ia termasuk sumber berkaitan dengan warisan Parti Komunis China, peninggalan budaya, pangkalan pendidikan patriotik dan tempat-tempat kebudayaan yang pelbagai.