Burj Khalifa bakal hilang gelaran bangunan tertinggi dunia?

Burj Khalifa bakal hilang gelaran bangunan tertinggi dunia?

BANGUNAN tertinggi dunia, Burj Khalifa. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Sebuah projek pencakar langit di Arab Saudi yang masih dalam pembinaan dijangka lebih tinggi daripada bangunan tertinggi dunia Burj Khalifa, sebaik sahaja ia siap dibina kelak.

Pencakar langit dikenali sebagai Menara Jeddah atau digelar Kingdom Tower dilaporkan akan mempunyai ketinggian lebih 1,000 meter.

Bangunan Syarikat Ekonomi Jeddah itu akan mempunyai hotel, pejabat, pangsapuri servis dan kondominium mewah. 

Malah, bangunan itu dikatakan bakal menempatkan `balai cerap tertinggi di dunia’ walaupun buat masa ini balai cerap astronomi paling tinggi adalah di Universiti Tokyo Atacama Observatory yang terletak pada ketinggian 5,640 meter.     

Burj Khalifa yang setinggi 829.6 meter di Dubai menempatkan sebuah hotel, kediaman mewah, pejabat, dek pemerhatian, restoran dan kemudahan kesihatan.

Kos pembinaan Menara Jeddah dijangka menelan perbelanjaan sekitar AS$1.23 bilion (RM5.71 bilion)

“Menara itu akan menjadi tumpuan utama projek Jeddah Economic City sebelum ini dikenali sebagai Kingdom City, tapak hartanah komersial dan kediaman dianggarkan bernilai AS$20 bilion (RM92.9 bilion). 

Dilaporkan, projek pencakar langit itu menyambung semula pembinaan pada tahun lalu selepas tertangguh lama.

Justeru, setakat ini, tiada garis masa tetap diumumkan untuk pembinaan itu siap. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya