Budak perempuan tujuh tahun miliki six pack

Budak perempuan tujuh tahun miliki six pack

KYNLEE mengambil bahagian dalam pertandingan ratu cantik sejak berusia dua tahun. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CALIFORNIA: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di Amerika Syarikat (AS) dilaporkan memiliki bentuk tubuh badan yang sasa dengan six pack setelah bertahun-tahun bertanding dalam pertandingan ratu cantik. 

Lapor Mirror, ibunya, Angel Heiman dari Los Angeles berkata, dia mula menyedari anaknya, Kynlee mempunyai badan sasa ketika kanak-kanak itu baru berusia tiga tahun.

Kynlee mengambil bahagian dalam pertandingan ratu cantik sejak berusia dua tahun, sebelum mengikuti gimnastik yang menyaksikannya kerap berlatih sehingga badannya menjadi tegap dan berotot.  

Gadis kecil itu sering menerima komen negatif mengenai penampilannya yang bertubuh sasa dengan six pack di media sosial.

Bagaimanapun, Angel segera memadamkan kritikan berkenaan kerana dia  percaya apa yang dicapai oleh anaknya adalah amat menakjubkan.

“Saya tidak mahu menoleh ke belakang atau menyembunyikan anak saya hanya kerana orang lain tidak dapat menerima penampilan Kynlee.

“Dia bekerja keras untuk sampai ke tahap ini dan saya amat berbangga dengannya. Kynlee memberi inspirasi kepada ramai individu di luar sana,” kata Angel.  

Menurut Angel, dia mendapat tahu anak perempuannya mempunyai bakat semula jadi sebagai penghibur setelah memasukkan Kynlee ke pertandingan ratu cantik pertamanya pada usia dua tahun.  

Sementara itu, Angel berkata, Kynlee mula bersenam di gimnasium apabila kanak-kanak itu berumur lima tahun.

“Kynlee bersenam di gimnasium kira-kira empat kali seminggu.

“Kadang kala, dia juga berlatih dengan saya di rumah kerana ia boleh menjadi lebih mudah,” katanya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya